Sejarah Fakulti

Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (BioTech UPM) telah ditubuhkan pada 1 Ogos 2004 yang menggabungkan dua buah jabatan iaitu Jabatan Bioteknologi di Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi dan Jabatan Biokimia dan Mikrobiologi di Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar. Dengan tertubuhnya BioTech UPM, semua aktiviti yang melibatkan bioteknologi di UPM dapat diselaraskan dibawah satu pentadbiran. Sejak ditubuhkan, BioTech UPM mengandungi empat buah jabatan yang terdiri daripada :

  1. Jabatan Teknologi Bioprose
  2. Jabatan Biologi Sel dan Molekul
  3. Jabatan Biokimia
  4. Jabatan Mikrobiologi

Setiap jabatan menawarkan kursus teras dan elektif sebagai program pengajian jabatan masing-masing. Selain dari pengajaran, pegawai akademik juga terlibat di dalam penyelidikan, perkhidmatan pengenbangan dan perundingan. Semua pegawai akademik di BioTech UPM adalah berpengalaman dan mempunyai kemahiran teknikal yang luas dalam bidang kepakaran masing-masing yang melibatkan bidang Bioteknologi.

Statistik semasa, BioTech UPM mempunyai seramai 128 orang staf merangkumi 67 orang Kumpulan Pengurusan & Profesional (Akademik), 9 orang Kumpulan Pengurusan & Profesional (Bukan Akademik) dan 52 orang Kumpulan Pelaksana. Manakala Kumpulan Pengurusan & Profesional Akademik merangkumi 9 orang Profesor, 34 orang Profesor Madya dan 24 orang Pensyarah Kanan.

BioTech UPM menawarkan empat program akademik pada peringkat Prasiswazah. iaitu

  1. Bacelor Sains Bioteknologi dengan Kepujian
  2. Bacelor Sains Biokimia dengan Kepujian
  3. Bacelor Sains Mikrobiologi dengan Kepujian
  4. Bacelor Sains Biologi Sel dan Molekul dengan Kepujian.

Bagi pengajian peringkat Siswazah, BioTech UPM menawarkan program Master Sains (MS) dan Doktor Falsafah (PhD). Bidang-bidang kajian yang ditawarkan adalah Bioteknologi Sel Haiwan, Biokimia, Bioinformatik dan Biologi Sistem, Bioteknologi Alam Sekitar, Bioteknologi Enzim dan Makanan, Kejuruteraan Genetik dan Biologi Molekul, Bioteknologi Industri, Bioteknologi Mikrob, Mikrobiologi, Nanobioteknologi, Bioteknologi Tumbuhan dan Biologi Struktur.