Bacelor Sains Bioteknologi dengan Kepujian

PENGENALAN

Semenjak 1986, program Bacelor Sains Bioteknologi telah ditawarkan di Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi dan kemudiannya telah diletakkan di bawah Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB) yang ditubuhkan pada 1 Ogos 2004. Di bawah FBSB, nama program telah ditukar kepada Bacelor Sains Bioteknologi dengan Kepujian dan ditawarkan oleh Jabatan Teknologi Bioproses di mana ia dijalankan secara sepenuh masa di kampus Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. Jangka masa pengajian program ini ialah lapan semester (empat tahun) dengan jumlah minima kredit untuk bergraduat sebanyak 127. Program ini dijalankan dengan menggunakan kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar (SCL) yang merangkumi teori dan amali menerusi pengajaran kuliah, tutorial, seminar, latihan industri, lawatan sambil belajar, kajian kes, kerja lapangan dan projek penyelidikan.

 

SYARAT KEMASUKAN

Syarat Am Universiti

Lepasan Matrikulasi/Asasi

  1. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus mata pelajaran Sejarah (mulai tahun 2013); DAN
  2. Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi UiTM/Asasi Sains Pertanian UPM/Asasi UKM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; DAN
  3. Mendapat sekurang-kurangnya Band 1.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan bermula sesi 1 tahun 2021 dan Band 1 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.


Lepasan STPM

  1. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)dengan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus mata pelajaran Sejarah (mulai tahun 2013); DAN
  2. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am; DAN
  1. Mendapat sekurang-kurangnya Band 1.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan bermula sesi 1 tahun 2021 dan Band 1 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.



Lepasan Diploma/Setaraf

  1. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus mata pelajaran Sejarah (mulai tahun 2013); DAN
  2. Memiliki kelulusan Diploma UA/ Politeknik/ IPTS/ Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti;

atau

  1. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2021 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am;

atau

  1. Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2021 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

atau

  1. Lulus Pra-U Sekolah Sukan Malaysia/GCE A-Level/ International Baccalaureate Diploma/Australian Matriculation (AUSMAT) serta kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat UA; DAN
  2. Mendapat sekurang-kurangnya Band 1.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan bermula sesi 1 tahun 2021 atau Band 1 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

 
SYARAT KHAS PROGRAM

Lepasan Matrikulasi/Asasi

  1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (3.00) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam mata pelajaran Biologi dan mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (2.67) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam mata pelajaran Kimia

atau

  1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (3.00) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam mata pelajaran Kimia dan mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (2.67) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam mata pelajaran Biologi; DAN
  1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan, Biologi/Kimia/Fizik, dan satu (1) mata pelajaran yang lain; DAN
  2. Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan bermula sesi 1 tahun 2021 atau Band 3 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020.

 

Lepasan STPM

  1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran Biologi dan mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran Kimia

atau

  1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran Kimia dan mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (2.67) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran Biologi; DAN
  1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan, Biologi/Kimia/Fizik, dan satu (1) mata pelajaran lain.
  2. Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan bermula sesi 1 tahun 2021 atau Band 3 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020.

 

Lepasan Diploma

  1. Memiliki Diploma (Level 4, MQF) dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM dengan mendapatkan sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan, Biologi/Kimia/Fizik, dan satu (1) mata pelajaran lain.

dan

  1. Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan bermula sesi 1 tahun 2021 atau Band 3 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020.

 

INTERNATIONAL ADMISSION

GENERAL QUALIFICATION FOR ADMISSION

Applicant who is interested in pursuing his/ her studied at UPM must fulfil the following: To have received a National Higher School Certificate (or an Advanced Level or th equivalent of 12 years of basic education) with the grade 80% and above.

or A Diploma from recognized Institutions with at least a CGPA of 3.00.

 

SPECIFIC PROGRAMME REQUIREMENTS

  1. A minimum of Grade B (GP 3.00) at STPM level or its equivalent in Biology
  2. A minimum of Grade B- (GP 2.67) at STPM level or its equivalent in Chemistry

OR

  1. A minimum of Grade B (GP 3.00) at STPM level or its equivalent in Chemistry
  2. A minimum of Grade B- (GP 2.67) at STPM level or its equivalent in Biology

 

HASIL PEMBELAJARAN

Hasil pembelajaran Program Bacelor Sains Bioteknologi dengan Kepujian dibahagikan kepada dua iaitu berdasarkan hasil pembelajaran yang ditetapkan oleh Standard Program: Bioteknologidan hasil pembelajaran mengikut ketetapanUniversiti berdasarkan kerangka kelayakan Malaysia (MQF). Secara keseluruhannya, hasil pembelajaran program adalahbagi melahirkan graduan yang berupaya untuk;

  1. mempamerkan pengetahuan dan kefahaman komprehensif bioteknologi;
  2. menggunakan peralatan asas yang berkaitan dengan bidang bioteknologi;
  3. menganalisis, mensintesis, dan mengintegrasi pengetahuan dan maklumat;
  4. mengaplikasikan pengetahuan teori dan kemahiran praktikal;
  5. mengendalikan penyelidikan berpandu asas;
  6. menunjukkan kebolehan mencari, mengadaptasi dan memberi penyelesaian bagi menangani cabaran dan permasalahan bioteknologi;
  7. mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat;
  8. menunjukkan kesedaran dan pemahaman terhadap isu asas keusahawanan dan pengkomersilan, etika, perundangan dan sosial yang berkaitan dengan bioteknologi;
  9. mempamerkan kemahiran berkomunikasi dan interpersonal.


MAKLUMAT KERJAYA 

Kerjaya dalam bidang bioteknologi adalah amat penting untuk menyokong peningkatan dan pembangunan pelbagai industri di Malaysia termasuklah pertanian, penternakan, makanan, perubatan, pembuatan dan juga pengurusan sisa. Hal ini selaras dengan Dasar Bioteknologi Kebangsaan 2005-2020 untuk membangunkan bidang bioteknologi sebagai salah satu enjin pertumbuhan ekonomi. Dasar ini memfokuskan untuk pembangunan tiga sektor ekonomi iaitu pertanian, penjagaan kesihatan dan pembuatan industri, serta menyokong pembangunan ekosistem komuniti saintifik, akademik dan perniagaan.


LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri bagi program di bawah ijazah Bacelor Sains Bioteknologi dengan Kepujian (kod kursus BTC4901) akan ditawarkan pada semester akhir (semester 8) selepas pelajar telah melengkapkan kursus Disertasi Bacelor. Pelajar akan diberi peluang untuk memilih sendiri tempat mengikut minat dan juga kesesuaian latihan yang ditawarkan terhadap program pengajian. Tempat latihan secaraamnya meliputi tetapi tidak terhad kepada; institusi penyelidikan atau makmal ujian diagnostik, pemantauan dan kawalan mutu di bawah agensi kerajaan, makmal komersil swasta, syarikat pengilangan yang mana aktiviti mereka berteraskan biopemprosesan dan biopenghasilan, syarikatyang menceburi bidang perladangan, dan syarikat yang menyediakan khidmat perundingan, pendidikan serta latihan di dalam bidang berkaitan bioteknologi.  Proses pemilihan tempat dan penyeliaan pelajar sepanjang tempoh latihan akan dikendalikan oleh penyelaras jabatan bersama penyelia atau pengurus dari agensi atau syarikat terbabit. Pendedahan kepada latihan industri ini akan dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan kerana pelajar akan dapat mempraktiskan pengetahuan kepada proses kerja dan lebih memahami alam kerjaya bidang bioteknologi dengan lebih berkesan.


YURAN PENGAJIAN DAN BANTUAN KEWANGAN

Untuk yuran pengajian boleh merujuk disini


PENGIKTIRAFAN PROGRAM

Struktur Kurikulum ini dirangka berdasarkan kepada komponen dan garis panduan yang ditetapkan oleh Standard Program: Bioteknologi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Universiti Putra Malaysia.