Pekerja Universiti Putra Malaysia komited dalam mencapai kecemerlangan melalui penerapan budaya kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan sokongan untuk mencapai matlamat pelan strategik universiti.
Untuk mencapai matlamat tersebut Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul bertanggungjawab melaksanakan tanggungjawab tersebut dalam mencapai objektif kualiti yang ditetapkan, serta memastikan objektif tersebut dikaji dari semasa ke semasa selaras dengan visi, misi dan matlamat UPM.
Salah satu aktiviti yang penting untuk mengekalkan kualiti sentiasa di amalkan adalah Audit Dalaman. Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul telah menjalankan audit tersebut pada 4 -5 April yang lepas. Audit ini dijalankan dengan mengikut prosedur dan garis panduan yang telah ditetapkan berdasarkan keperluan ISO MS 9001:2015. Seramai empat belas juruaudit PTJ telah bertugas diketuai oleh Puan Juita Md Tahir dari Fakulti Pengajian Alam Sekitar.
Skop utama audit adalah Skop Pengurusan, Skop Pengurusan Utama (Prasiswazah, Siswazah dan Penyelidikan) dan Skop Sokongan terdiri dari pengurusan pelanggan, kewangan, latihan staf, peralatan, kemudahan infrastruktur dan kenderaan, pengurusan sumber manusia, pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, penentukuran dan verifikasi perlatan, pengurusan dan keselamatan makmal, pengurusan swaakreditasi dan jaringan industri dan masyarakat.
Beberapa penemuan ketidakakuran dan peluang penambahbaikan telah ditemui dan dibentangkan kepada Fakulti dan telah dihantar kepada Seksyen Jaminan Kualiti UPM bagi tujuan pengesahan.
Sebagai kesimpulan dari proses audit dalaman ini, didapati Fakulti sentiasa mengamalkan SPK dengan baik dan sentiasa untuk meningkatkan kualiti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Kesepakatan dan kerjasama antara staf di FBSB amat penting agar matlamat boleh di capai dan kuliti dikekalkan.
Disediakan oleh:
En. Ibrahim Yunus
Penyelaras Audit Dalaman, FBSB
Tarikh Input: 11/04/2019 | Kemaskini: 11/04/2019 | hirfarizan
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia