Pada 12 Mac 2019, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul telah dipantau oleh Pejabat Timbalan Naib Cancelor (Penyelidikan dan Inovasi) ke atas perbelanjaan peruntukan penyelenggaraan dan baikpulih peralatan penyelidikan untuk 2018. Selain pemeriksaan ke atas rekod-rekod kewangan, lawatan ke makmal yang menempatkan peralatan tersebut turut diadakan. Pemantauan ini penting untuk pihak Universiti merancang agihan peruntukan bagi tujuan penyelenggaraan dan baikpulih peralatan penyelidikan untuk tahun 2019.
Pihak Fakulti telah menerima seramai 3 orang pegawai pemantau iaitu:
1. Pn. Norlinawati Abd Halim (Fakulti Sains dan Teknologi Makanan)
2. Pn. Nik Amelia Nik Mustapha (Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan)
3. En Mohd Azman Ahmad (Pusat Pengurusan Penyelidikan)
Secara keseluruhan, pihak pemantau berpuas hati dengan kepatuhan perbelanjaan berdasarkan perancangan yang dibuat oleh Fakulti. Pihak Fakulti ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama kakitangan Fakulti yang terlibat semasa pemantauan dijalankan.
Disediakan oleh:
Pn. Hirfarizan Mardianah Mohd Tahir
Pejabat Dekan
Tarikh Input: 13/03/2019 | Kemaskini: 14/03/2019 | hirfarizan
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia