Pada 28 Oktober 2007 (Sabtu), BioTech buat kali pertama mengadakan majlis perjumpaan alumni di fakulti. Terdapat 180 orang peserta yang menghadiri majlis makan tengahari itu. Tetamu kehormat kami termasuk Prof Dr. Ismail Abdul Karim dan Profesor Madya Dr Hazandy Abdul Hamid, Pengarah Pusat Alumni UPM. Kami telah mendapat sambutan yang baik dari semua orang. Acara bermula dengan ucapan selamat datang dari Pengerusi Majlis, Prof Dr Lai Oi Ming diikuti oleh ucapan dari Dekan, Prof Dr. Arbakariya Ariff. Acara yang menyerlahkan majlis ini adalah pembentukan Bab Alumni Biotech dan ahli jawatankuasa yang dibentuk adalah seperti berikut:
Pengerusi: Dr. M.Umaiyal
Timbalan Pengerusi: Dr. Musa Albakri Abdul Manan
Setiausaha: Dr. Lee Yee Ping
Timbalan Setiausaha: Jimmy Loh
Bendahari: Dr. Siti Suhaila A. Rahman
Terdapat buah tangan untuk setiap peserta dengan hadiah istimewa untuk memperingati majlis khas ini. Di samping itu, terdapat persembahan oleh pelajar BioTech, cabutan bertuah dengan hadiah menarik serta lelongan amal untuk kanak-kanak kurang bernasib baik di Sabah. Secara keseluruhannya, ia adalah satu majlis hebat yang telah memberi peluang yang baik untuk menjalinkan hubungan sillaturrahim dengan Alumni kami sekali lagi! Ribuan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua orang yang telah menjayakan majlis ini dengan penglibatan mereka!
Disediakan oleh:
Prof. Madya Dr. Parameswari Namasivayam
Jabatan Biologi Sel dan Molekul
Tarikh Input: 06/11/2017 | Kemaskini: 09/11/2017 | hirfarizan
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia