Pada 10 Julai 2018, pelajar pasca-siswazah daripada Jabatan Biologi Sel dan Molekul, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, iaitu Yang Shun Kai telah dianugerahkan sebagai ‘Pembentang Lisan Terbaik’ di 3rd ASEAN Congress on Medical Biotechnology and Molecular Biosciences (ACMBMB), 2018.
Pertandingan ini disertai oleh peserta daripada pelbagai universiti tempatan dan antarabangsa di rantau ASEAN. ACMBMB merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama daripada Universiti Mahidol (Thailand), Universitas Padjajaran (Indonesia) dan Universiti Filipina (Fillipina) di The Gurney Resort Hotel and Residences, Pulau Pinang, Malaysia.
Yang Shun Kai telah memenangi anugerah tersebut dengan membentangkan sebahagian projek PhD beliau yang bertajuk “Cara tindakan minyak pati kulit kayu manis (Cinnamomum verum) dan aktiviti bakterianya setelah digabungkan dengan meropenem terhadap Klebsiella pneumoniae penghasil KPC”. Beliau kini sedang menjalankan kajian mengenai patogen perintang antibiotik di bawah bimbingan Dr. Lai Kok Song. Beliau berharap agar hasil kajian ini dapat menyelesaikan masalah kerintangan antibiotik melalui penerokaan antimikrob yang baru daripada produk semulajadi.
Disediakan oleh;
Dr. Mariatulqabtiah Abdul Razak
Jabatan Biologi Sel dan Molekul
Tarikh Input: 14/08/2018 | Kemaskini: 14/08/2018 | m_radzi
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia