Pada 23 hb Oktober 2017, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul telah menyertai Pertandingan Amalan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran 2017 bertempat di Mini Auditorium 1, Bangunan Pejabat Naib Canselor Inovasi dan Penyelidikan UPM. Penyertaan ini diketuai oleh Prof. Madya Dr Wan Zuhainis Saad bersama pensyarah-pensyarah dari Jabatan Mikrobiologi iaitu Dr Saila Ismail, Dr Eddie Chia Suet Lin, Dr Adelene Song Ai Lian dan Dr Amalia Mohd Hashim.
Sebanyak 10 PTJ telah menyertai pertandingan ini dengan membentangkan pelbagai idea inovasi baru dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kumpulan Fakulti telah membentangkan satu pembentangan yang bertajuk 'Virtual Microbes', merupakan kaedah pembelajaran yang menggabungkan pelajar-pelajar dari pelbagai IPTA tempatan iaitu USM, UITM, UKM, UM, UMT, UNIMAS dan UPM serta di peringkat antarabangsa iaitu La Trobe University, Australia and Lafayette College, USA. Di dalam aktiviti 'Virtual Microbes', pelajar dari pelbagai universiti digabungkan di dalam satu kumpulan bagi menggalakkan 'peer learning' antara pelajar. Pelajar diberikan tugasan memilih satu jenis mikrob/patogen dan mereka perlu membentangkan segala maklumat yang dikehendaki mengenai mikrob yang telah dipilih dengan menghasilkan buku skrap digital atau artikel sorotan literatur. Yang menariknya setiap perbincangan pelajar dibuat secara virtual menggunakan perisian tele-konferens 'ZOOM'. Kaedah ini telah menambat hati juri dan memenangi tempat kedua. Fakulti telah berjaya membawa pulang sebanyak RM 3,000 beserta sijil.
Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr Wan Zuhainis Saad dan ahli kumpulannya!
Disediakan oleh:
Dr. Eddie Chia Suet Lin
Jabatan Mikrobiologi
Tarikh Input: 30/10/2017 |
Kemaskini: 17/08/2018 | hirfarizan
PERKONGSIAN MEDIA