Pada 8/11/2019 telah diadakan program komuniti di sekolah angkat Jabatan Biologi Sel dan Molekul, SMK Jalan 3, Bandar Baru Bangi yang dianjurkan oleh pelajar tahun tiga program Biologi Sel dan Molekul. Program ini adalah sebahagian dari kursus Pembelajaran Perkhidmatan dalam Biologi Sel dan Molekul (BSM4909) yang diselaraskan oleh Dr Noor Baity Saidi dan dibiayai oleh Geran Insentif Penyelidikan untuk Pengajaran dan Pembelajaran (GIPP) yang diketuai beliau. Program ini diadakan secara kolaborasi dengan dua lagi kursus yang diajar oleh Dr Mariatulqabtiah Abdul Razak iaitu Immunologi Sel dan Molekul (BSM3402) dan Genetik Molekul Gunaan (BSM4201) dengan tema 'Kesedaran penyakit-penyakit umum di Malaysia'. Objektif program adalah untuk memberi pendedahan mengenai penyakit-penyakit umum di Malaysia yang berkait dengan respon imunisasi dalam badan manusia dan cara-cara untuk mengelakkan jangkitan.
Tarikh Input: 20/11/2019 | Kemaskini: 20/11/2019 | hirfarizan
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia