Dr. Eddie Chia Suet Lin dan anggota kumpulannya; Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis Saad, Dr. Adelene Song Ai Lian, Dr. Saila Ismail dan Dr. Amalia Mohd Hashim dari Jabatan Microbiology, Fakulti Bioteknologi dan Saisn Biomolekul, UPM telah memenangi pingat emas pembentangan poster dalam K-Novasi 2018. Karnival tersebut telah diadakan pada 16 – 18 Januari 2018 di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Karnival ini dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, sejajar dengan rancangan transformasi pendidikan tinggi oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia untuk melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran abad ke 21. Objektif karnival tersebut adalah untuk meningkatkaan pengetahuan dan kemahiran warga akademik dalam pengajaran dan pembelajaran, serta untuk berkongsi idea dan pandangan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Dr. Eddie Chia dan ahli kumpulannya telah membentangkan “Virtual Micobes”, satu kaedah pembelajaran secara maya menggunakan teknologi dalam talian bagi mempelajari subjek Mikrobiologi. Kaedah tersebut melibatkan penggunaan peralatan dalam talian seperti Kahoot, Canva, Padlet dan lain-lain oleh pelajar-pelajar ijazah pertama dari pelbagai universiti dimana mereka dikehendaki menggunakan perlatan tersebut untuk berdiskusi dan menyelesaikan masalah yang diberikan berkaitan mikrobiologi secara berkumpulan.
Tahniah Dr. Eddie Chia dan ahli kumpulannya!
Disediakan oleh:
Dr Amalia Mohd Hashim,
Jabatan Mikrobiologi
Tarikh Input: 22/01/2018 | Kemaskini: 05/02/2018 | hirfarizan
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia