Alhamdulillah, kini Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (BioTech UPM) telah genap 4 tahun penubuhannya. Meskipun masih baru, namun kerjasama yang erat oleh semua staf telah melonjakkan Fakulti ini menjadi salah satu fakulti harapan UPM. Fakulti memikul tanggungjawab besar untuk membantu membangunkan bioteknologi negara menerusi penyelidikan yang dijalankan di makmal yang dikendalikan oleh pegawai yang terlatih.Oleh itu Fakulti sentiasa memberi perhatian yang tinggi terhadap latihan staf.
BioTech UPM mempunyai kepakaran tenaga mahir dan pelbagai kemudahan bagi menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan serta memberi perkhidmatan profesional dalam semua bidang yang melibatkan bioteknologi. Fakulti telah berjaya menambah kemudahan infrastruktur iaitu Makmal Pengajaran Pusat di bangunan lama Fakulti Kejuruteraan. Kemudahan ini akan merancakkan lagi aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan dalam Rancangan Malaysia ke-9 ini....Baca Seterusnya