Selasa 21 Mei 2013
Banner

Jabatan Teknologi Bioproses

    Latar Belakang | Pra-Siswazah | Pentadbiran | Staf Akademik | Staf Sokongan

Jabatan Teknologi Bioproses adalah yang pertama di Malaysia menawarkan program Bacelor Sains (Bioteknologi) kepada pelajar prasiswazah. Objektif utama program adalah menyediakan graduan berpengetahuan yang mencukupi dalam bidang bioteknologi dengan fokus kepada teknologi bioproses untuk penghasilan produk dan perkhidmatan bioteknologi.Program ini mengambil masa selama 3 tahun dengan 5 modul yang ditawarkan dalam program : Bioteknologi Makanan, Bioteknologi Alam Sekitar, Bioteknologi Industri, Bioteknologi Tumbuhan dan Biologi Molekul. Semua graduan akan menjalani Latihan Industri pada semester keempat. Pelajar tahun akhir akan memilih salah satu modul seperti senarai di atas dan akan menjalankan projek penyelidikan di bawah seliaan penyelia yang mahir.

Kelulusan masuk adalah sekurang-kurangnya lulus dalam Matrikulasi Sains Hayat atau lulus dalam peperiksaan STPM. Jabatan Teknologi Bioproses juga menawarkan program ijazah lanjutan iaitu program Master Sains dan PhD. Bagi graduan dari program Cik perlu menjalankan penyelidikan dan melengkapkan 9 kredit minimum dan 12 kredit bagi program PhD.Bidang-bidang yang ditawarkan seperti Bioinformatik, Biokimia, Biologi Molekul dan Kejuruteraan Genetik, Bioteknologi Industri, Bioteknologi Makanan dan Enzim, Bioteknologi Mikrob,Bioteknologi Sel Haiwan, Bioteknologi Alam Sekitar, Bioteknologi Tumbuhan, Biologi Struktur, Mikrobiologi dan Nanobioteknologi.

Bacelor Sains (Kepujian) Bioteknologi

Program ini ditawarkan oleh Jabatan Teknologi Bioproses di mana ia akan dijalankan secara sepenuh masa di kampus Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. Jangka masa pengajian bagi program Bacelor Sains (Kepujian) Bioteknologi ialah lapan semester (empat tahun) dengan jumlah kredit 135.

Program ini akan dijalankan menggunakan kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar (SCL) merangkumi teori dan amali menerusi pengajaran kuliah, tutorial, seminar, latihan industri, lawatan sambil belajar, kajian kes, kerja lapangan dan projek penyelidikan.

Pelajar-pelajar wajib mengambil kursus asas/teras, persediaan dan utama yang ditawarkan oleh universiti. Pada tahun ketiga pengajian, pelajar diberi peluang untuk memilih antara dua (2) modul yang ditawarkan dan pelajar dikehendaki memilih sekurang-kurangnya 35 kredit daripada kursus elektif yang ditawarkan. Kursus elektif dibahagikan kepada dua (2) iaitu :

Kursus elektif sains dan teknologi (perlu diambil oleh kedua-dua opsyen/modul)
Kursus elektif opsyen/modul
# Bioteknologi tulen (kursus elektif pengurusan dan kemanusiaan)
# Keusahawanan bioteknologi (kursus elektif keusahawanan bioteknologi)

Di mana pelajar mesti memilih 23 kredit daripada kursus elektif sains dan teknologi yang ditawarkan oleh Fakulti seperti yang tersenarai dalam kurikulum dan selebihnya bergantung kepada opsyen/modul yang dipilih. Jika pelajar memilih untuk mengambil opsyen/modul bioteknologi tulen, pelajar perlu memilih 6 kredit daripada kursus elektif pengurusan dan kemanusiaan dan selebihnya (6 kredit) dari mana-mana kursus dengan kebenaran jabatan untuk melengkapkan 35 kredit kursus elektif.

Manakala jika pelajar memilih untuk mengambil opsyen/modul keusahawanan bioteknologi, pelajar perlu mengambil kesemua 12 kredit kursus elektif keusahawanan bioteknologi yang tersenarai untuk melengkapkan 35 kredit kursus elektif.

Syarat-syarat Kemasukan

Calon-calon mesti memenuhi keperluan minimum Universiti dan program iaitu:

Bagi calon STPM :

  1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut
    Kimia; dan
    • Biologi

dan

  1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ (NGMP 2.33) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:
    Matematik T / Matematik Lanjutan T

Bagi calon Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UiTM / Asasi Sains Pertanian UPM :
  1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (2.67) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam mata pelajaran berikut
    Kimia; dan
    • Biologi

dan

  1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ (2.33) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam mata pelajaran berikut:
    Matematik T / Matematik Lanjutan T

Manakala bagi lulusan Diploma pula calon haruslah mempunyai Diploma dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM.

Prof. Dr. Suraini Abd. Aziz
Ketua Jabatan
03-8947 1050 / 03-8946 7479
suraini@biotech.upm.edu.my

Setiausaha
03-8947 1297

Cik Siti Zaiton Mohd Ramli
Pembantu Tadbir
03-8946 6725
zaiton@biotech.upm.edu.my
Prof. Dr. Mohd Ali Hassan
Ph.D., Okayama
03-8946 7590
alihas@biotech.upm.edu.my
Prof. Dr. Arbakariya Ariff
Ph.D., Manchester
03-8946 7591
arbarif@biotech.upm.edu.my
Prof. Dr. Suraini Abd. Aziz
Ph.D., Wales
03-8947 1050 / 03-8946 7479
suraini@biotech.upm.edu.my
Prof. Dr. Lai Oi Ming
Ph.D., UPM
03-8946 7520
omlai@biotech.upm.edu.my
Prof. Madya Dr. Foo Hooi Ling
Ph.D., London
03-8946 7476
hlfoo@biotech.upm.edu.my
Prof. Madya. Dr. Umi Kalsom Md Shah
Ph.D., UPM
03-8947 1949
umi@biotech.upm.edu.my
Prof. Madya Dr. Rosfarizan Mohamad
Ph.D., UPM
03-8946 7518
farizan@biotech.upm.edu.my
Dr. Nor'Aini Abdul Rahman
Ph.D., KIT, Japan
03-8947 1945
nor_aini@biotech.upm.edu.my
Dr. Phang Lai Yee
Ph.D., KIT, Japan
03-8946 7514
phanglaiyee@biotech.upm.edu.my
Dr. Helmi Wasoh @ Mohamad Isa
Ph.D., UPM
03-8947 1947
helmi@biotech.upm.edu.my
Dr. Hidayah Ariffin
Ph.D, Kyutech, Japan
03-8946 7515
hidayah_a@biotech.upm.edu.my
Dr. Mohd Rafein Zakaria
Ph.D., UPM
03-8947 1949
rafein@biotech.upm.edu.my
Dr. Murni Halim
Ph.D., (University College London)
03-8946 7477
murni@biotech.upm.edu.my
Dr. Norhayati Ramli
Ph.D., (UPM)
03-8947 1948
norhayati@biotech.upm.edu.my
En. Mohd Shamzi Mohamed
Bac. Kejuruteraan Kimia
03-8947 1297
shamzi@biotech.upm.edu.my
En. Ahmad Muhaimin Roslan
Bac. Sains. (Kep) Mikrobiologi
03-8947 1297
muhaimin@biotech.upm.edu.my
En. Fadzlie Wong Faizal Wong (Cuti Belajar)
Bac. Sains (Bioteknologi)
03-8947 1297
fazliewong@biotech.upm.edu.my
En. Mohd Zulkhairi Mohd Yusoff (Cuti Belajar)
Bac. Sains (Bioteknologi)
03-8947 1297
zulkhairi_y@biotech.upm.edu.my
En. Khairul Basyar Baharudin
Pegawai Sains
03-8946 7516
kbasyar@biotech.upm.edu.my
En. Rosli Aslim
Penolong Pegawai Sains
03-8946 6728
rosli@biotech.upm.edu.my
Pn. Siti Junaidah Jemain
Penolong Pegawai Sains
03-8946 7516
junaidah@biotech.upm.edu.my
Pn. Renuga a/p Panjamurti
Penolong Pegawai Sains
03-8946 6728
renuga@biotech.upm.edu.my
Pn. Aluyah Marzuki
Penolong Pegawai Sains
03-8946 6728
am@biotech.upm.edu.my
Pn. Noriza Ibrahim
Pembantu Makmal
03-8946 7516
noriza@biotech.upm.edu.my
Pn. Norazlina Mohammad
Pembantu Makmal
03-8946 6728
norazlina@biotech.upm.edu.my
En. Firoz Mohd Irwan
Pembantu Makmal
03-8946 7516
firoz@biotech.upm.edu.my
En. Ahmad Fouzi Mohd Kassim
Pembantu Am Pejabat
03-8946 7516
afauzi@biotech.upm.edu.my
Pn. Siti Noraishah Abdul Rahman
Pembantu Am Pejabat
03-8946 6728
aishah@biotech.upm.edu.my
Kami ada 8 tetamu ditalian
Anda Pelawat ke:561694
Kemaskini pada:
17-05-2013

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size