Kemudahan Biopenghasilan Makanan dan Bahan Makanan Berasaskan Biopemprosesan

Kemudahan ini dilengkapi dengan pelbagai peralatan pembuatan / penghasilan  dan alatan pembuatan gred makanan bagi tujuan pemprosesan hulu, pemprosesan hiliran, serta aktiviti pengisian dan pembotolan bagi memenuhi keperluan aktiviti penyelidikan dan pembangunan bahan makanan dan makanan. Ini termasuk sistem bioreaktor 100L berpengaduk mekanikal, alatan sembur kering, sistem penapisan aliran tangen, alatan  pengisian cecair semi dan automatik, mesin pelabelan separa automatik dan mesin pembungkusan 'sachet' mendatar. Selari dengan hasrat pengurusan untuk mendapatkan pensijilan HACCP, kemudahan ini menggunakan pendekatan pencegahan sistematik terhadap keselamatan makanan dari segi bahaya biologi, kimia dan fizikal semasa proses pengeluaran dan pengukuran reka bentuk untuk mengurangkan risiko berbahaya ke tahap yang selamat. Kemudahan ini boleh digunakan untuk penyelidikan, latihan, proses pembangunan produk  dan penghasilan produk secara kontrak. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-

Pusat Penyelidikan Biopemprosesan dan Biopenghasilan
Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Tel :03-8945 8487