Makmal Fermentasi dan Loji Pandu

Kemudahan ini dilengkapi dengan sistem bioreaktor dan peralatan pemprosesan hiliran berskala loji pandu bagi pengkulturan mikroorganisma, bahan kimia dan enzim yang penting untuk kegunaan industri. Kemudahan sistem bioreaktor yang terdapat di BBRC terdiri dari:-

  • 2 L
  • 5 L
  • 10 L
  • 50 L
  • 100 L
  • 200 L

Kemudahan bioreaktor dilengkapi dengan sistem kawalan untuk pH, suhu, ketelarutan oksigen, kelajuan agitasi, kadar aliran udara, tahap berbuih dan kaldu fermentasi. Peralatan pemprosesan hiliran yang terdapat di sini terdiri dari alatan penggempar, penghomogen bertekanan tinggi, sistem penapisan aliran tangen, penggempar cakera bertingkat, alatan sembur kering dan penyejat berputar skala loji pandu. Kemudahan ini boleh digunakan untuk penyelidikan, latihan, proses pembangunan produk  dan penghasilan produk secara kontrak. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-

Pusat Penyelidikan Biopemprosesan dan Biopenghasilan
Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Tel :03-8945 8487